█║▌│█│║▌║││█║ ▌│║▌║™
© ΘRIGINAL PROFILE ©

Friday, 11 May 2012

pada 11/5/2012 di sekolah tasek utara 1 di dewan

pada hari ini aku telah orentasi bekenaan bidang kerjaya dan minat..aku telah buntu untuk menentukan masa depan aku.kerana qhada dan qhadar telah ditentukan oleh yang maha esa..aku sebagai hamba hanya mamu menerimanya dengan hati yang cekal ...

okey sekarang ny aku nk bgitahu korang tentang bidang kerjaya yang sesuai dengan minat serta keperibadian aku dari luaran padangan korang ^^
 
ARTISTIK : Kreatif, berdikari, tidak suka dikongkong

 Anda merupakan seorang individu yang kreatif dan berminat dalam bidang seni dan budaya. Anda seorang yang suka berdikari dan sangat menghargai kepada ekspresi kendiri serta banyak bergantung kepada kekuatan emosi dan imaginasi. Anda sering berhubung dengan orang lain secara tidak langsung menerusi pelbagai cara dan medium. Kebiasaannya, anda tidak suka dikongkong dalam melakukan sesuatu kerja. Anda suka kepada kerja-kerja yang melibatkan kemahiran atau bakat diri dalam menghasilkan sesuatu produk, idea atau persembahan. Anda melihat diri sendiri sebagai mempunyai keupayaan dari segi muzik atau artistik. Kebiasaannya, anda inginkan kebebasan dalam bekerja untuk menghasilkan sesuatu idea, bentuk atau produk baru. Anda selalunya seorang yang mudah tersentuh dari segi emosi dan sangat menghargai keindahan dan nilai-nilai estetika.


  REALISTIK : Praktikal, berstruktur dan orientasi tugas
Anda merupakan seorang individu yang praktikal dan suka menjurus kepada orientasi kehidupan masakini daripada masa lepas. Anda mempamirkan pemikiran yang berstruktur dan lebih suka mengambil pendekatan penyelesaian masalah dari membiarkan sesuatu perkara itu berlarutan. Anda lebih cenderung memilih aktiviti yang menggunakan objek, mesin, perkakas, tumbuh-tumbuhan dan haiwan. Anda seorang yang bertanggungjawab dan seringkali menunjukkan tingkahlaku daya saing dan tegas diri. Anda lebih suka kepada aktiviti yang bersifat ‘hands-on’ serta ‘outdoor’ yang memerlukan koordinasi kemahiran diri dan kekuatan fizikal. Anda seorang yang lebih suka kepada suasana kerja yang berbentuk orientasi tugas (action-oriented) daripada banyak bercakap, menggunakan tulisan atau kemahiran interpersonal. 

 KONVENSIONAL : Berstruktur, berhati-hati, teliti

Anda merupakan seorang individu yang suka bekerja dengan data, angka dan mempamirkan ketelitian dalam sesuatu kerja. Anda selesa bekerja dalam suasana kerja yang berstruktur dan jelas dari segi arahan, peraturan, skop tugas dan autoriti. Anda sentiasa berhati-hati dalam melakukan sesuatu tugas dan mempamirkan komitmen dan tahap kesabaran yang tinggi. Anda selalunya suka kepada ketelitian dan kekemasan samada dalam kehidupan peribadi atau urusan di tempat kerja. Anda memberi nilai yang tinggi kepada prestij dan status diri.
 Lain-lain program yang berkaitan dengan Personaliti anda
Bil.Kod UiTMKod UPUNama ProgramStatus Kelayakan

DIPLOMA KEJURURAWATAN
DIPLOMA SENILUKIS DAN SENIREKA #
 DIPLOMA SENI MUZIK #
DIPLOMA TEKNOLOGI KREATIF (SENI LAYAR)#
DIPLOMA TEKNOLOGI KREATIF (PENULISAN SENI LAYAR)#
 DIPLOMA TEKNOLOGI KREATIF (SENI LAKON)#
DIPLOMA TEKNOLOGI KREATIF (PENGURUSAN SENI)#
 DIPLOMA PENGAJIAN SUKAN #
 SARJANA MUDA SAINS (SENIBINA) #
 DIPLOMA SENIBINA LANDSKAP #
 DIPLOMA REKABENTUK DALAMAN #




























    No comments:

    Post a Comment