1. Cinta adalah sesuatu yang tidak dapat dilihat dan disentuh tetapi cinta dapat dirasai dengan hati yang ikhlas mencintai.
2. Mencintai memang mudah tetapi dicintai oleh orang yang kita cintai itu bukan sesuatu yang mudah untuk dimiliki.
3. Ayat-ayat cinta mudah dilafazkan tetapi rasa cinta tiada siapa yang dapat jelaskan dengan kata-kata.
4. Cinta ibarat seperti sambal belacan, walaupun pedas sehingga menitiskan airmata tetapi masih ramai yang sanggup memakannya.
5. Ramai yang buta kerana cinta tetapi ramai yang celik bila cinta itu pergi.
6. Datangnya cinta dihargai, perginya cinta ditangisi.
7. Dalam 7 petala langit dan bumi ada 7 petala cinta.
8. Begitu mudah mengucapkan “Saya cintakan awak” tetapi sangat susah untuk ikhlas mencintai.
9. Tiada harta, wang atau pangkat dapat membeli sebuah cinta kerana harga cinta terlalu mahal.
10. Cinta tidak mengenal usia kerana setiap manusia pasti menemui cinta cepat atau lambat.
No comments:
Post a Comment